Rabu, 7 Julai 2010

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM 2010

Pada 2 hingga 4 Julai 2010, SMK Paduka Tuan telah mengadakan perkhemahan perdana unit beruniform bertempat di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang, Johor. Seramai 88 orang pelajar telah menyertai perkhemahan ini.


Ketibaan kami di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang disambut dengan keadaan hujan. Aktiviti memasang khemah terpaksa ditunda buat sementara waktu. Berkat dari doa para peserta, hujan berhenti pada waktu malam. Ini memberi peluang kepada para peserta untuk menjalankan aktiviti "walk-night" pada malam tersebut. Aktiviti "walk-night" sangat menyeronokkan kerana memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar mengenai keadaan dan suasana di dalam hutan pada waktu malam.

Aktiviti "walk-night" ini dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator Taman Negara Johor. Selepas menjalankan aktiviti "walk-night", para peserta diberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan diadakan pada hari esok iaitu mendaki Gunung Ledang.

Pada hari kedua, para peserta berkumpul di hadapan Pejabat Taman Negara Johor tepat jam 8.00 pagi bagi melakukan proses "declaration" terhadap barang yang mereka bawa sewaktu pendakian. Selepas proses tersebut, para peserta bersama-sama 18 orang guru memulakan pendakian ke gunung ledang iaitu perjalanan sejauh 600m ke Kolam Gajah melalui Ayer Panas Trail.
Pendakian ke Kolam Gajah merupakan sesuatu yang mencabar stamina, mental, dan fizikal para peserta. Laluan yang licin, dan halangan kayu benar-benar menguji keupayaan para peserta. Berkat kesungguhan yang di tunjukkan, para peserta tiba di Kolam Gajah pada jam 10.30pagi. Peserta diberi masa sehingga pukul 12.30 tengah hari untuk menikmati keadaan di Kolam Gajah sambil menghilangkan penat lelah. Tepat jam 12.30 tengah hari, para peserta berangkat pulang ke tapak perkhemahan. Para peserta tiba di tapak perkhemahan jam 2.00 petang.
Pada petang hari kedua, para peserta beramai-ramai bergotong-royong mendirikan khemah. Para peserta dibahagikan kumpulan dan setiap ahli kumpulan dipertanggungjawabkan untuk mendirikan khemah masing-masing. Sebaik sahaja para peserta selesai mendirikan khemah, para peserta seterusnya dikehendaki melakukan persiapan untuk "Malam Aspirasi Alam". Pada Malam Aspirasi Alam, peserta menunjukkan bakat masing-masing melalui persembahan mereka. Persembahan pada malam tersebut juga diselangi dengan permainan minda yang dikendalikan oleh Cik Rohaya Mohamad.
Pada hari Ketiga, Para peserta menjalankan Kem Minda Genius pada pagi tersebut. Kem Minda Genius ini dikendalikan oleh Guru Kanan Matapelajaran. Seterusnya, para melakukan aktiviti "Sayangi Alam" iaitu program memulih anak sungai di Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang bersama-sama Taman Negara Johor. Aktiviti tersebut sungguh menyeronokkan kerana peserta dapat berseronok sambil berbakti kepada alam. Majlis Penutup diadakan pada jam 12.00 tengah hari dan dirasmikan oleh En. Rahmat Bin Omar, Pengetua SMK Paduka Tuan. Tepat jam 2.00 petang, para peserta berangkat pulang ke Segamat.

Selasa, 11 Mei 2010

PROGRAM SEKOLAH LESTARI


SMK Paduka Tuan telah diberi mandat mewakili daerah Segamat untuk menyertai pertandingan sekolah lestari peringkat negeri Johor. Antara taman-taman yang terdapat di SMK Paduka Tuan adalah:
  1. Taman Akuatik
  2. Taman Anjung Koperasi
  3. Taman Aroma Terapi
  4. Taman Bunga Raya
  5. Taman Helicornia
  6. Taman Herba
  7. Taman Lereng Bukit
  8. Taman Lily
  9. Taman Menara Fern
  10. Taman Orkid
  11. Taman Sains
  12. Projek Cendawan
  13. Projek Ternakan Ikan Keli
  14. Projek Tanaman Serai
Untuk melihat pemandangan taman-taman tersebut, sila klik di sini

Rabu, 5 Mei 2010

SELAMAT DATANG

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya Blog SMK Paduka Tuan akhirnya berjaya beroperasi dengan jayanya. Diharapkan blog ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga SMK Paduka Tuan.